Search This Blog

Saturday 25 December 2010

Banjo Minnow Review Part 2

Assalamu'alaikum para pembaca sekalian,


Kali ani kembali untok memberi pandangan mengenai Banjo Minnow bab kedua dan terakhir. Setelah mengamat-amati dan dicuba beberapa kalinya. Akhirnya saya pun sampai penghujung pandangan dimana keberkesanan umpan palsu Banjo Minnow amatlah mujarab sekali. Ini hanya mampu dikecapi dimana jika awda mengikuti apa yang telah ditunjuk-ajar sepertimana yang ada di dalam CD yang telah disertakan bersama pakej Banjo Minnow 110 set. Seperti halnya, kemarin saya cuba di Mangroove resort, dan cara yang telah saya ikutkan atu, ternyata mujarab, ganya bukan halnya, alum tah dapat saya praktikkan sepenuhnya, pasalnya, alum dapat dibayangkan dikepala macam mana caranya ikan/lauk yang sudah kan mati, jadi, latihan untok membuat keberkesanan haruslah saya buat lagi lah. Walau bagaimanapun, sintakkan dari lauk sememangnya ada, atu yang saya mau, jadi dari sana lah saya dapat membuat kesimpulan mengenai umpan ini. Nya urang, walaupun inda pandai tapi boleh jua dianggut lauk. Yang penting, Banjo Minnow ani haruslah ditarik kajuti bukan hanya ditarik biasa. Mun tarikkan atau retrieval biasa, maka beranangnya pun biasa tah jua...dan sebagai resultnya, inda limbai-limbai ranangnya. Yang harus diingati tarikkan haruslah dikajuti ataupun nya tani, disintak. Disintaknya pun, bukan macam sintak habis macam belureh lauk pisinnya, tapi disintak pindek-pindek, jadi lauk atu pun pacik ke kiri dan ke kanan selayaknya. Sama jua kalau main bottom level, disintak pun pindek-pindek. Dan kalau diikuti, dalam CDnya atu, ada bermacam cara, jadi terpulanglah arah abiskita untok memileh yang mana satu lauk terpakai. Aku kemarin atu, lauk menganggut umpan ku atu adalah campuran walking the dog dan short 3 flick and paused. Jadi, aku terpaksa menghacut umpan ku jauh sedikit untok supaya umpan ku atu dapat dilaksanakan dua gaya ani. Yang bagusnya umpan ani, diretrieve balik, jangan ditarik biasa tapi diflick, dan dalam masa yang sama kunpum lauk yang berhampiran memubut umpan ani, sebabnya gaya lauk ani sangat memberansangkan. Benanang macam laukkan mati bah geng, mana jua grigitan lauk. hahhaah. atu yang tantulah ku liat.

Jadi seperti biasa markah ku bagi seperti di bawah;
Design : 10 (Oleh kerana ia seset, maka banyak kan dipilih dari pelbagai size dan warna. Selain atu, designnya pun seakan lauk minnow)
Quality : 7 (Yang ani~~ kebanyakkan gatahnya nda tahan kana pumpung uleh lauk)
Features : 10 (Bagus dalam semua yang dibuat oleh pembuat lah, ranangan bagus macam lauk kan mati, atu pun pasal ia jenis softbait lures. Ada weed guard, jadi inda mudah nyangkut. Mata lauk ani, dapat diubah-ubah dan ada beberapa jenis mata yang ada baratnya sendiri. Jadi lau basar mau barat jadi kalau ia sinking pun macam lauk kan mati selayaknya )
Useability : 8 (Mau atas pun blh mau di bawah pun blh.. ditangah-tangah pun blh, janji dpt imijin di tahap mana ia kan benanang. Oleh kerana ia jenis lambut atau softbait, jadinya cara untok ia efektif adalah ia harus disintak cara macam lauk kan mati jua, labih kurang mainan ala Prawnstar. Walau bagaimanapun, umpan palsu ini labih sanang dimainkan oleh kitani kerana responsifnya amat tinggi. Sintak sikit kah banyakkah, kesama-hidupan umpan ani akan menyerlah selayak sintakkan tani atu.
Application : 10 (Umpan ani inda paham erti menyangkut... kecuali dihumban kan arah ranting yang bepangkah-pangkah kali nyangkut plang. Atu pun menyangkut bukan menyangkut di umpan tetapi kekusutan tali kail yang bekusutan arah ranting kayu. Mun sudah bekulut arah ranting, basar pun hati kan inda mau menyangkut. Tapi oleh kerana ia ada weedguard, jadi, inda mudah umpan palsu ani akan nyangkut di mana-mana tempat.)
Tot. score : 9